Tengku Permaisuri Selangor cemar duli ke Majlis Santapan Wanita PERKIM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 April– Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kehadiran pemimpin termasuk Ketua Wanita PERKIM Tunku Puan Sri Datuk Hajah Noor Hayati dan Yang Dipertua PERKIM Abang Johari Tun Openg.
  • Majlis menjadi platform mengeratkan silaturahim dan memperkukuh peranan wanita dalam dakwah serta kebajikan.
  • Upacara penyerahan sumbangan diadakan untuk menyokong Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM di Kota Bharu, Kelantan.

Keberangkatan tiba Baginda pada pukul 8.00 malam sekali gus menyempurnakan upacara perasmian mesyuarat berkenaan.

Turut hadir, Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, Tunku Puan Sri Datuk Hajah Noor Hayati serta Yang Dipertua PERKIM merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis tersebut menjadi platform penting bagi menghimpunkan para ahli dan jemputan dalam usaha mengeratkan silaturahim, selain memperkukuh peranan wanita dalam aktiviti dakwah serta kebajikan.

Pada majlis yang sama, turut diadakan upacara penyerahan sumbangan bagi menyokong Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM (IDIP) yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan.

Acara yang diserikan dengan persembahan kebudayaan itu berakhir kira-kira pukul 10.30 malam.