Kuala Lumpur-Bangkok zahir manifestasi kesepakatan bawa manfaat ASEAN, serantau

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kunjungan rasmi Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul ke Malaysia dilihat satu manifestasi keyakinan politik berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik tanpa terikat kepada satu bidang sahaja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama memperkukuh ekonomi, pelancongan dan pembangunan kawasan sempadan.
  • Hubungan saling melengkapi tingkatkan kepercayaan dan percepat pelaksanaan inisiatif untuk kepentingan rakyat.
  • Lawatan mewujudkan ruang komunikasi efektif, menyelaras pendirian dan memperkukuh keamanan serta kesepakatan serantau ASEAN.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Sivamurugam Pandian berpandangan kolaborasi itu terus memperkukuh pelbagai sektor sedia ada termasuk ekonomi, pelancongan serta pembangunan kawasan sempadan.

Beliau berkata hubungan yang saling melengkapi tersebut bukan sahaja meningkatkan tahap kepercayaan antara Kuala Lumpur-Bangkok, malah mempercepat pelaksanaan pelbagai inisiatif demi kepentingan rakyat dan komuniti kedua-dua negara.

“Apa yang kita lihat daripada hubungan dua ini ialah ia melangkaui hubungan tradisional untuk menumpukan kepada isu pembangunan bersama, persempadanan dan juga meningkatkan keselamatan bersama.

Kesepakatan ini membuktikan isu serantau harus dipergiatkan dalam konteks ASEAN,” katanya ketika dihubungi RTM.

Profesor Datuk Dr Sivamurugam menambah lawatan berkenaan juga memberi satu bentuk kepentingan dan nilai signifikan ke atas lawatan yang telah dilakukan Anutin.

“Lembaran baharu ini mempertingkat hubungan dua hala tanpa terikat secara rigid kepada beberapa elemen yang pernah kita lalui selama ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata kunjungan berkenaan turut mewujudkan ruang komunikasi lebih efektif bagi membolehkan kedua-dua negara menyelaras pendirian terhadap isu berkepentingan bersama tanpa menjejaskan kepentingan kedua-dua pihak.

“Perlu kita lihat di sini ialah ruang sebagai sebuah negara berkecuali. Malaysia mahu memastikan bahawa tidak mengugat hubungan yang sudah sekian lama terjalin.

Perbincangan berterusan secara berhemah memperkukuh kesepakatan dan keamanan dalam negara termasuk di peringkat serantau,” tambah beliau.

Anutin tiba di Malaysia pada Khamis lalu bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.