Kongres Tahunan KEADILAN ditangguh ke Ogos, siap siaga PRN dua negeri


KUALA LUMPUR, 6 Jun – Kongres Tahunan KEADILAN yang sebelum ini dijadualkan bermula 26 hingga 28 Jun ditangguhkan kepada 14 hingga 16 Ogos 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan penangguhan dibuat pada mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
  • Penangguhan memberi ruang kepada KEADILAN Johor dan Negeri Sembilan mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri.
  • Lokasi kongres dikekalkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh.
  • Biro Politik melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden bagi mengukuh organisasi pusat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan penangguhan dibuat pada mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang berlangsung hari ini.

“Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada KEADILAN Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkatkan kesiap siagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung.

“Lokasi penganjuran Kongres Tahunan KEADILAN dikekalkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, Datuk Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memaklumkan Biro Politik PKR turut melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR yang baharu.

Pelantikan itu katanya bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.