KKM laksana pelbagai pendekatan usaha banteras denggi

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

SEREMBAN, 27 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) giat menggunakan pelbagai pendekatan dalam usaha membanteras denggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelepasan nyamuk berWolbachia digunakan sebagai strategi kawalan bagi menumpaskan penyakit denggi.
  • KKM mengaktifkan bilik gerakan denggi dan menghantar petugas ke kawasan berisiko, termasuk Kuala Lumpur dan Selangor.
  • KKM di peringkat akhir Analisis Kos Faedah untuk vaksin Qdenga; kes denggi meningkat dengan kematian direkodkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia termasuk pelepasan nyamuk berWolbachia yang berperanan sebagai bakteria baik dalam menumpaskan penyakit berdarah itu.

Beliau berkata KKM turut mengaktifkan bilik gerakan denggi dan penghantaran petugas ke kawasan berisiko terutama di Kuala Lumpur serta Selangor.

“Isu ini bukan hanya tanggungjawab KKM, sebaliknya turut melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua agensi berkaitan dalam memastikan kebersihan premis serta keselamatan komuniti.

“Jika tiada tempat pembiakan nyamuk, risiko penularan penyakit atau serangan denggi dapat dikurangkan”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di Seremban.

Katanya, kes denggi mencatatkan peningkatan ketara sehingga 68 peratus dengan 58 kes kematian direkodkan berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam pada itu, KKM kini di peringkat akhir Analisis Kos Faedah (CBA) bagi penggunaan vaksin denggi jenis Qdenga.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.