KUALA SELANGOR, 10 Oktober- Sisa buangan daripada sebuah kilang telah mengakibatkan bau busuk dan ribuan ikan mati di sebuah kolam tadahan di Kuala Selangor
Kilang tersebut terletak kira-kira 1 kilometer (km) dari kawasan kolam tadahan di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam.
Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Jefriee Abd. Manaf berkata hasil pemeriksaan pihaknya bersama-sama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang memproses dan melupuskan hasil laut sejuk beku yang telah tamat tempoh.
Sehubungan itu, pihaknya telah mengarahkan kilang tersebut membuat pelupusan segera melalui KDEB Waste Management KDEBWM selewat-lewatnya esok.
"Kita telah bertemu dengan pihak pengurusan kilang dan mendapati kilang berkenaan menjalankan proses melupuskan sisa sejuk beku yang tamat tempoh.
"Pihak MPKS telah mengeluarkan kompaun dan dua notis iaitu notis penutupan dan larangan pengeluaran efluen", katanya demikian selepas membuat tinjauan di kolam tadahan dan pemeriksaan kilang berkenaan di sini.
(Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor
(MPKS) Jefriee Abd. Manaf)