Jenazah 4 sekeluarga maut kemalangan di Simpang Renggam selamat disemadikan

Foto RTM

DUNGUN, 2 Jun – Empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan di Simpang Renggam, Johor, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat sekeluarga maut dalam nahas lima kenderaan di Jalan Renggam Simpang Renggam berhampiran Penjara Simpang Renggam.
  • Mangsa ialah Mohd Aiman, isteri Nor Azlina, ibu mentua Semek Mat Soh dan anak saudara Nur Airish Syifa.
  • Jenazah tiba ke masjid dari Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom selepas bedah siasat selesai malam tadi.
  • Ketibaan disambut hiba oleh ratusan ahli keluarga, kenalan dan penduduk yang memberi penghormatan terakhir.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan berkenaan apabila kesemua jenazah tiba kira-kira pukul 9.22 pagi selepas selesai disolatkan.

Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33; ibu mentuanya, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara mereka, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Terdahulu, kenderaan yang membawa kesemua jenazah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan malam tadi.

Ketibaan jenazah disambut dalam suasana hiba oleh ratusan ahli keluarga, kenalan rapat, serta penduduk setempat yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa sekeluarga itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, empat beranak berkenaan disahkan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Nahas ngeri itu berlaku di Jalan Renggam–Simpang Renggam, berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.