Krisis bekalan global tingkat permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi

Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Ts. Dr. Azmir Mohd Yunus/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Negara kini menuntut lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi tempatan bagi menghadapi krisis bekalan global.

RINGKASAN BERITA AI
  • TVET sebagai platform penting melengkapkan masyarakat dengan kemahiran tambahan relevan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.
  • TVET menawarkan kemahiran yang boleh dipelajari pekerja untuk menambah pendapatan dalam suasana ekonomi mencabar.
  • Bidang utama termasuk pertanian, tenaga boleh baharu dan industri makanan bagi memastikan keselamatan makanan dan sumber tenaga masa depan.
  • Permintaan tinggi pada pemasangan panel solar memerlukan lebih ramai pekerja mahir; Majlis TVET Negara akan melahirkan usahawan TVET proaktif.

Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Ts. Dr. Azmir Mohd Yunus berkata, cabaran tersebut menuntut lebih ramai individu berkemahiran, khususnya dalam sektor pertanian, tenaga boleh baharu dan industri makanan.

Menurut beliau, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu menjadi platform penting dalam melengkapkan masyarakat dengan kemahiran tambahan yang relevan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

“Saya rasa dalam suasana yang semakin mencabar dan tidak menentu, TVET boleh menawarkan kemahiran tambahan yang boleh dipelajari pekerja sekiranya mereka ingin menambah pendapatan.

“Bidang seperti pertanian juga penting dari aspek keselamatan makanan negara, manakala sektor tenaga boleh baharu, khususnya tenaga solar, dijangka mencatat permintaan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Keadaan itu akan mewujudkan keperluan terhadap lebih ramai pekerja mahir yang mampu melaksanakan pemasangan panel solar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambahnya, Majlis TVET Negara akan terus memainkan peranan secara proaktif dan holistik dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan TVET, khususnya dalam bidang berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.