Perahu terbalik, seorang dikhuatiri lemas

FOTO JBPM SARAWAK

LINGGA, 2 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaikinya karam di Sungai Banting berhampiran Rumah Charang, Lingga.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada 1.15 petang; anggota BBP Sri Aman dihantar ke lokasi.
  • Mangsa dikenali sebagai Gerald Lansam, 42; perahu alami kerosakan enjin, melintang pada tiang jambatan dan terbalik akibat arus deras.
  • Lapan penumpang lain diselamatkan penduduk kampung menggunakan perahu.
  • Gerald dilihat berpaut pada tiang jambatan, dipercayai tenggelam dan dihanyutkan arus; pencarian tertumpu lokasi terakhir dilihat.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.15 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Gerald Lansam, 42, dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaiki bersama lapan individu mengalami kerosakan enjin sebelum melintang pada tiang jambatan dan terbalik akibat arus deras.

“Lapan penumpang lain berjaya diselamatkan penduduk kampung menggunakan perahu.

“Bagaimanapun, Gerald yang ketika itu dilihat berpaut pada tiang jambatan dipercayai tenggelam dan dihanyutkan arus ketika usaha menyelamatdijalankan.

“Operasi pencarian kini tertumpu di lokasi mangsa kali terakhir dilihat,” menurut kenyataan itu.

Pasukan SAR turut dibantu penduduk kampung menggunakan perahu untuk melakukan pencarian di permukaan sungai.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR masih diteruskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.