SAR lelaki dipercayai lemas di Temerloh bersambung esok

FOTO BOMBA TEMERLOH

TEMERLOH, 2 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai lemas ketika berenang menyeberangi sungai di Kampung Peragap di sini ditangguh pada pukul 6.50 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi pencarian disambung esok dengan bantuan Unit Pengesan K9.
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Samsul Azmi Ishury, 41 tahun.
  • Operasi melibatkan tujuh anggota BBP Temerloh, lima anggota PPDA Bukit Angin, jentera dan bot aluminium.
  • Turut terlibat sembilan anggota PDRM, 12 anggota APM, 37 penduduk kampung dan 17 buah bot; PPDA melakukan beberapa selaman.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, operasi pencarian akan disambung pada pagi esok dengan bantuan Unit Pengesan K9.

Pencarian mangsa Samsul Azmi Ishury, 41 tahun melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dengan dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin bersama jentera dan bot aluminium.

“Operasi turut melibatkan sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 37 penduduk kampung bersama 17 buah bot.

“Pasukan PPDA telah melakukan beberapa selaman di kawasan mangsa dipercayai lemas.

“Sehingga petang tadi mangsa masih belum ditemukan,”katanya menerusi kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.