Lelaki hilang di empangan ditemukan lemas

FOTO JBPM SARAWAK

LUBOK ANTU, 2 Jun – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas mandi di kawasan Empangan Hidroelektrik Batang Ai, Lubok Antu hari ini ditemukan mati lemas.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Sarawak menemui Rudie Lan, 31, pada pukul 9.41 malam, pada kedalaman kira-kira lima meter dan radius satu meter dari lokasi terakhir.
  • Mayat mangsa diserahkan kepada polis pada pukul 9.55 malam untuk tindakan lanjut.
  • Mangsa dilaporkan hilang selepas terjun mandi semasa beriadah bersama keluarga dan tidak timbul semula.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa Rudie Lan, 31, ditemukan pada pukul 9.41 malam tadi pada kedalaman kira-kira lima meter, dalam radius satu meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis pada pukul 9.55 malam untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas terjun untuk mandi ketika beriadah bersama keluarganya di kawasan berkenaan.

Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa tidak timbul semula ke permukaan selepas terjun ke dalam empangan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.