Dokumentari warisan budaya perkukuh hubungan Laos-China

Dokumentari terbitan CMG/ REUTERS

LAOS, 3 Jun – Sebuah dokumentari terbitan Kumpulan Media China (CMG) bertajuk The Heritage Guardian memaparkan keprihatinan Presiden China, Xi Jinping terhadap usaha mewarisi dan memajukan budaya, mula disiarkan di Laos pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Thongloun Sisoulith mengucapkan tahniah rasmi, menyifatkan dokumentari menggambarkan kepentingan pemeliharaan warisan budaya serta visi kepimpinan dan patriotisme Xi.
  • Dokumentari memberi contoh berguna kepada Laos dalam memelihara budaya kebangsaan unik sambil meneruskan pembangunan ekonomi dan sosial.
  • Majlis pelancaran di Vientiane dianjurkan bersama, sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan Tahun Persahabatan China-Laos.

Turut disiarkan bersama dokumentari tersebut ialah dua lagi dokumentari terbitan CMG.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) merangkap Presiden Laos, Thongloun Sisoulith, menucapkan tahniah menerusi surat rasmi sempena penayangan dokumentari berkenaan.

Dalam surat itu, Thongloun menyatakan dokumentari tersebut mencerminkan kepentingan yang diberikan Xi terhadap pemeliharaan warisan budaya, selain memperlihatkan visi kepimpinan yang jauh ke hadapan serta semangat patriotisme.

“Dokumentari itu turut memberikan contoh berguna kepada Laos dalam usaha memelihara budaya kebangsaan yang unik sambil meneruskan pembangunan ekonomi dan sosial negara,” menurut surat itu.

CMG bersama Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat LPRP turut mengadakan majlis pelancaran tayangan dokumentari itu di Vientiane, ibu negara Laos, pada Selasa.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara China dan Laos, selain diisytiharkan sebagai Tahun Persahabatan China-Laos.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.