
KANSAS CITY, 3 Jun – Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina menjalani sesi latihan rasmi pertama di sini pada Isnin sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Honduras dan Iceland menjelang Piala Dunia 2026.
- Scaloni mengendalikan latihan taktikal termasuk latihan hantaran 11 lawan kosong dan perlawanan latihan selama 40 minit.
- Kapten Lionel Messi turut mengikuti sesi latihan bersama rakan sepasukan.
- Argentina mensasarkan menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Piala Dunia sejak Brazil pada 1962.
- Scaloni mengekalkan kebanyakan tonggak skuad pemenang 2022, yang juga menjuarai Copa America 2024 dan menguasai kelayakan Amerika Selatan.
Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) menerusi kenyataan memaklumkan, ketua jurulatih Lionel Scaloni mengendalikan beberapa latihan taktikal melibatkan pasukan itu, termasuk latihan hantaran 11 lawan kosong serta perlawanan latihan selama 40 minit di fasiliti Compass Minerals di Kansas City, Kansas.
Rakaman latihan turut memperlihatkan kapten pasukan, Lionel Messi, mengikuti sesi berkenaan bersama rakan sepasukan.
Argentina menyasarkan untuk menjadi pasukan lelaki pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Piala Dunia sejak Brazil melakukannya pada 1962. Mereka juga berpeluang menjadi negara pertama mempertahankan kejuaraan dunia sepenuhnya di luar rantau asal pasukan itu.
Scaloni mengekalkan sebahagian besar tonggak skuad yang menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar, sebelum mempertahankan kejuaraan Copa America pada 2024 dan muncul pasukan terbaik dalam saingan kelayakan zon Amerika Selatan.- REUTERS