Afrika Selatan tiba di Mexico untuk kempen Piala Dunia 2026

Hugo Broos / REUTERS

MEXICO, 3 Jun – Skuad Afrika Selatan yang bakal beraksi pada Piala Dunia 2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Felipe Angeles, di sini pada Selasa, namun ketibaan pasukan itu tanpa penolong jurulatih Helman Mkhalele yang berdepan isu visa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Afrika Selatan akan membuka kempen Kumpulan A menentang tuan rumah Mexico di Stadium Azteca, Mexico City.
  • Pertemuan mengimbau perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 di Johannesburg yang berakhir seri 1-1 antara kedua pasukan.
  • Ketua jurulatih Hugo Broos tekankan pengalaman istimewa dan motivasi tinggi pemain yang kebanyakan membuat penampilan pertama di Piala Dunia.
  • Penolong jurulatih Helman Mkhalele dijangka menyertai pasukan di Pachuca selepas memperoleh visa Amerika Syarikat.

Mkhalele dijangka menyertai pasukan itu di Pachuca, Mexico selepas memperoleh visa Amerika Syarikat dan berlepas pada Selasa. Beliau tidak dapat berangkat bersama pemain serta barisan kejurulatihan yang bertolak ke kejohanan itu pada Isnin.

Pasukan yang dikenali sebagai Bafana Bafana itu akan membuka kempen Kumpulan A menentang tuan rumah Mexico di Stadium Azteca, Mexico City.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 di Johannesburg, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Ketua Jurulatih Afrika Selatan, Hugo Broos berkata, kejohanan itu merupakan pengalaman istimewa buat sebahagian besar pemain yang bakal membuat penampilan pertama di pentas Piala Dunia.

“Bagi para pemain, ini sesuatu yang sangat istimewa. Kebanyakan mereka akan beraksi di Piala Dunia buat kali pertama.

“Saya sendiri pernah merasainya sebagai pemain ketika Piala Dunia 1986. Jadi bagi mereka, ini satu pengalaman yang cukup bermakna dan mereka sangat bermotivasi untuk membuktikan kemampuan pasukan,” katanya.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.