fb fb fb fb fb

Kerja naik taraf Kota Cornwallis giat dilaksanakan

FOTO RTM

GEORGE TOWN, 7 Julai - Kerajaan negeri Pulau Pinang kini sedang giat menaik taraf Kota Cornwallis atau Fort Cornwallis di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai usaha meningkatkan lagi tarikan pengunjung.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja fizikal binaan kubu parit Kota Cornwallis dan pembangunan semula Astaka Padang Kota Lama yang telahpun dimulakan secara berperingkat dan dijangka siap menjelang tahun depan.

"Projek itu dijadual siap sepenuhnya pada bulan Julai 2025, dimana kita pun bercadang membuka kepada orang awam pada tarikh berkenaan," kata Kon Yeow kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Projek Konservasi dan Penyediaan Semula Parit Kubu Bahagian Selatan dan Program A Day at Fort di Fort Cornwallis. Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying.

Kubu parit Kota Cornwallis yang dibina pada tahun 1804 menerusi Syarikat Hindia Timur dengan kelebaran antara 9 hingga 20 meter (m) mengelilingi Fort Cornwallis

Pada akhir tahun 1921/1922, kubu parit di kota tersebut ditimbuskan bagi mencegah penularan wabak malaria.

Pembinaan semula parit kubu menggunakan sistem tradisional dan bahan-bahan sama yang digunakan dalam pembinaan asal tanpa penggunaan simen.

Kos menaik taraf projek itu dianggarkan bernilai RM20 juta.

TETITIA YUSOFF