DBKL, JPJ, PDRM keluarkan 113 notis, tunda 6 kenderaan di Bukit Bintang

Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR, 25 September – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 113 notis kompaun serta menunda enam kenderaan dalam Operasi Halang Siri 6 Tahun 2026 di sekitar ibu negara, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bersepadu dijalankan di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang, menyasarkan pemandu yang menyebabkan halangan laluan awam.
  • DBKL mengeluarkan notis kompaun dan menunda kenderaan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Semua kenderaan yang ditunda dihantar ke Depoh Simpanan DBKL Jalan Pahang untuk tujuan rekod dan dokumentasi.
  • JPJ dan JSPT PDRM turut mengeluarkan notis kompaun; orang ramai diingatkan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelak tindakan.

Operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang itu menyasarkan pemandu serta kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas dan menyebabkan halangan di laluan awam.

Menerusi tindakan penguatkuasaan tersebut, DBKL mengeluarkan 28 notis kompaun dan menunda enam kenderaan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua kenderaan yang ditunda dihantar ke Depoh Simpanan DBKL Jalan Pahang bagi tujuan rekod dan dokumentasi,” jelas DBKL dalam Facebook rasminya.

Sementara itu, JSPT PDRM dan JPJ masing-masing mengeluarkan 43 dan 42 notis kompaun atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang operasi berlangsung.

DBKL menegaskan, kejayaan operasi bersepadu itu mencerminkan komitmen padu pihak berkuasa dalam memastikan disiplin serta keselamatan jalan raya sentiasa dipatuhi oleh pengguna di kawasan tumpuan ibu negara.

“Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan bagi mengelak tindakan kompaun atau tunda pada masa hadapan,” tegas kenyataan sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.