Cubaan curi komponen kereta, seorang lelaki ditahan

Foto Hiasan

KUCHING, 25 September – Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri komponen sebuah kereta di Batu Kawa, Kuching, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek dipercayai antara beberapa individu dikehendaki berhubung cubaan mencuri komponen roda di Jalan Batu Kawa.
  • Polis merampas sebuah kenderaan, sebuah kotak besi dan sebatang anak kunci kereta bagi membantu siasatan.
  • Video 29 saat tular tunjuk Perodua cuba melarikan diri; polis giat memburu suspek lain; kes disiasat mengikut Seksyen 379/511.

Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William berkata, suspek ditahan di Jalan Rantau Panjang pada pukul 9.15 malam pada Khamis, hasil maklumat orang awam.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kenderaan, sebuah kotak besi dan sebatang anak kunci kereta bagi membantu siasatan.

Suspek dipercayai antara beberapa individu yang dikehendaki polis berhubung cubaan mencuri komponen roda sebuah kenderaan di Jalan Batu Kawa, Kuching, pada pagi yang sama.

Sebelum itu, tular video berdurasi 29 saat di media sosial memaparkan sebuah kenderaan Perodua cuba melarikan diri di lampu isyarat berhampiran Jalan Matang, Kuching selepas ditegur pemilik kenderaan yang mengekori suspek.

Pemangku Superintenden Barry mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan media di Kuching, petang ini.

Polis kini giat memburu suspek lain yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.