TDM dan TDA perkukuh kesiapsiagaan menerusi Eksesais Haringaroo 76

Foto BERNAMA

HULU SELANGOR, 25 September – Angkatan Tentera Malaysia menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Darat Australia (TDA) memperkemas kesiapsiagaan pertahanan, memperkukuh persefahaman dan hubungan kedua-dua negara, menerusi pelaksanaan Eksesais Haringaroo Siri 76/2026 yang tamat secara rasmi hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua fasa utama CTX dan FTX berjaya mencapai objektif Return of Value secara menyeluruh.
  • ROV strategik mengukuhkan hubungan diplomatik pertahanan antara kedua-dua negara.
  • Aspek operasi dan teknikal membuka peluang pembelajaran peperangan konvensional, peperangan terbuka dan operasi di kawasan terbina.
  • Penglibatan 11 Briged termasuk 8 RAMD dan Rifle Company Butterworth mempamerkan kesiapsiagaan tinggi memelihara kestabilan serantau.

Menurut Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Mohd Shauari Mat Piah, eksesais yang berasaskan dua fasa utama iaitu ‘Cross Training Exercise’ (CTX) dan ‘Field Training Exercise’ (FTX) telah berjaya mencapai objektif ‘Return of Value’ (ROV) secara menyeluruh.

“Dari sudut strategik, ROV tercapai menerusi pengukuhan hubungan diplomatik pertahanan, manakala daripada aspek operasi dan teknikal, ia membuka peluang mendalam untuk mempelajari conventional warfare, peperangan terbuka serta operasi di kawasan terbina,” jelas beliau ketika ditemui media di Felda Soeharto di sini.

Eksesais tahunan yang melibatkan 11 Briged menerusi Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) dan Rifle Company Butterworth (RCB) ini memperlihatkan kesediaan tinggi kedua-dua angkatan dalam memelihara kestabilan dan kesiagaan operasi di peringkat serantau.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Pengurusan Kerjaya TDA Brigadier Jason Groat, Panglima 11 Briged Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Safwan @ Asri Ismail serta Panglima 12 Briged Brigedier Jeneral Mahamad Fazli Mat Idris.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.