Kerajaan percepat tindakan tangani isu e-dagang

Foto RTM

PUTRAJAYA, 30 Oktober – Kerajaan akan mempercepat tindakan bersepadu bagi menangani pelbagai isu berkaitan penggunaan platform e-dagang, termasuk penipuan dalam talian dan kadar komisen tinggi yang dikenakan terhadap penjual.

RINGKASAN BERITA AI
  • MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pemain utama platform e-dagang beberapa minggu lalu.
  • Pemukiman melibatkan agensi penguatkuasaan akan diadakan dalam beberapa minggu bagi menyelaraskan tindakan.
  • Perdana Menteri mengarahkan isu ini diberi keutamaan dan ditangani pada kadar segera, menurut kerajaan.
  • Datuk Seri Fahmi akan membuat pengumuman tambahan esok semasa sambutan Hari Kurier Negara.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebagai langkah awal, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan pertemuan dengan pemain utama platform e-dagang beberapa minggu lalu.

Menurut beliau, satu pemukiman membabitkan agensi penguatkuasaan akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi menyelaras tindakan menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya perkara berkenaan diberikan keutamaan dan ditangani segera.

“Dan arahan Yang Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara ini perlu diutamakan dan dilaksanakan pada kadar segera.

“Insya-Allah, esok sewaktu sambutan Hari Kurier Negara, saya akan membuat beberapa pengumuman tambahan berkaitan isu ini,” katanya pada sidang media mingguan Jemaah Menteri di sini.

Tambah beliau, arahan itu turut mengambil kira keprihatinan Perdana Menteri terhadap aduan pengguna dan peniaga, termasuk isu pembelian produk yang diterima tidak menepati pesanan asal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.