PRN Melaka: Kemudahan pusat media Kementerian Komunikasi ditambah baik

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil meninjau kemudahan pusat media utama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di MITC, Ayer Keroh / Foto RTM

AYER KEROH, 1 November – Kemudahan di pusat media Kementerian Komunikasi yang dibuka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terus ditambah baik bagi memastikan kelancaran tugasan petugas media sepanjang pilihan raya berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyediaan papan pintar (skrin LED) dicadangkan untuk memaparkan maklumat terkini secara digital dan dikemas kini serta-merta.
  • Penggunaan kaedah digital digalakkan berbanding bahan cetakan supaya maklumat dapat dikemas kini dan dipaparkan segera.
  • Kaunter aduan MCMC disediakan dan petugas digalakkan guna aplikasi MCMC Nexus untuk menguji kelajuan dan kenal pasti capaian bermasalah.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata antara penambahbaikan yang dicadangkan termasuk penyediaan papan pintar (skrin LED) bagi memudahkan penyampaian maklumat terkini secara digital.

“Saya telah meminta supaya beberapa aspek diteliti dan ditambah baik oleh Kementerian Komunikasi. Sebagai contoh, kita dapat melihat keperluan kemudahan papan pintar atau skrin LED yang membolehkan maklumat terkini dimuat naik secara langsung.

“Kaedah digital ini jauh lebih mudah berbanding bahan cetakan fizikal, kerana sebarang maklumat baharu boleh dikemas kini dan dipaparkan serta-merta,” katanya.

Selain itu, kaunter aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut disediakan bagi membantu petugas media melaporkan sebarang masalah capaian internet ketika membuat liputan.

Datuk Seri Fahmi turut menggalakkan petugas media menggunakan aplikasi MCMC Nexus untuk menguji kelajuan internet serta mengenal pasti kawasan yang berdepan masalah capaian internet ketika membuat liputan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat media utama PRN Melaka di MITC, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.