
BUKIT BERUANG, 1 November – Kementerian Komunikasi berhasrat untuk mewujudkan satu jaringan penyampaian maklumat melalui Wira Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai tahap penggunaan platform itu.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber, termasuk penipuan dalam talian dan taktik terbaharu penjenayah.
- Jaringan akan dikemas kini setiap tahun untuk membolehkan MCMC menyalurkan maklumat terkini mengenai isu, cabaran dan perkara penting.
- Pernyataan dikeluarkan selepas kehadiran menteri pada Program Kempen Internet Selamat.
- MCMC anjur Program NEXSEC pada 25 November; GASA akan membentangkan laporan usaha mengurangkan penipuan dalam talian.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber, termasuk penipuan dalam talian dan taktik terbaharu yang digunakan penjenayah.
“Jaringan ini akan dikemas kini setiap tahun bagi membolehkan MCMC menyalurkan maklumat terkini berkaitan isu, cabaran dan perkara penting yang perlu diketahui masyarakat umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Program Kempen Internet Selamat di sini hari ini.
Dalam pada itu, pada 25 November ini Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan Program Kepakaran Rangkaian dan Keselamatan untuk Sistem Berhubung (NEXSEC).
Global Anti-Scam Alliance (GASA) akan membentangkan laporan mengenai usaha MCMC untuk mengurangkan masalah penipuan dalam talian.