
ALOR GAJAH, 1 November – Seramai 25 Ibu Soko yang mewakili 25 mukim Naning di Melaka menerima watikah pelantikan yang meletakkan penghormatan tinggi kepada kepimpinan wanita dalam adat perpatih.
- Penyerahan watikah untuk menyelaras semula anugerah kepada individu layak mengikut Lembaga Adat Naning.
- Pelantikan Ibu Soko yang sebelum ini dimaklumkan secara lisan kini disahkan melalui watikah bertulis rasmi.
- Watikah membolehkan generasi akan datang merujuk pengesahan Ibu Soko menurut ketetapan adat.
- Majlis di Gadek disertai hampir 300 perwakilan suku; watikah disampaikan Datuk Undang Datuk Mohd Nazrol.
Pengerusi Lembaga Adat Pepatih Naning, Datuk Paduka Seri Maharaja, Kamaruddin Manap berkata, penyerahan watikah berkenaan bagi menyelaras semula anugerah berkenaan kepada individu yang layak mengikut Lembaga Adat Naning.
“Jika sebelum ini pelantikan Ibu Soko hanya dimaklumkan secara lisan, kini ia dilakukan secara rasmi melalui watikah bertulis yang dikeluarkan Lembaga Adat Naning.
“Dengan adanya watikah ini, generasi akan datang dapat merujuk dan mengetahui bahawa seseorang itu telah disahkan sebagai Ibu Soko bagi suku tertentu mengikut ketetapan adat, dan bukan dilantik sewenang-wenangnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Ibu Soko yang diadakan di Gadek turut dihadiri hampir 300 individu mewakili suku-suku dari 25 Mukim Naning di Alor Gajah dan Jasin, Melaka.
Watikah secara dokumentasi itu disampaikan Datuk Undang Wilayah Naning Melaka ke-20, Datuk Mohd Nazrol Datuk Paduka Seri Mahammad Supar.