fb fb fb fb fb

Kerajaan gubal Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -Kerajaan sedang mengubal Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025 sebagai panduan menyeluruh menghadapi cabaran berdepan isu penuaan negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, rangka tindakan tersebut merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang yang perlu dilaksanakan secara menyeruh oleh setiap kementerian dan agensi berkaitan.

"Antara fokus yang akan dimainkan KPWKM dalam hal ini adalah penyediaan ekosistem perkhidmatan penjagaan jangka panjang (Long-Term Care (LTC)) yang cekap dan mampan. Setelah melalui pelbagai sesi konsultasi serta kajian, termasuklah Makmal Pembangunan bersama pihak-pihak berkepentingan, Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan yang saya nyatakan kini dalam fasa akhir pembangunannya," beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Wakil Gombak Datuk Seri Amirudin Shari, di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, KPWKM merancang untuk melancarkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2026-2030 yang turut memfokuskan aspek keselamatan dan perlindungan, pembelajaran sepanjang hayat serta penglibatan dan kesepaduan antara generasi.

Dalam pada itu Datuk Seri Nancy memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan program lawatan kebajikan ke rumah individu yang memerlukan bantuan bagi memastikan kebajikan golongan pesakit terlantar tidak terpinggir, yang digerakan sukarelawan bawah seliaan JKM. 

"Bagi mereka yang terlantar, kita mempunyai rumah kebajikan dan juga pasukan yang pergi dari rumah ke rumah untuk memberikan bantuan. Namun, kebanyakan mereka terdiri daripada sukarelawan bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Orang ramai yang mengetahui kes seperti ini digalakkan untuk membuat permohonan atau laporan kepada pihak berkaitan. Ini penting kerana kita hanya dapat mengetahui seseorang itu memerlukan bantuan jika maklumat disampaikan," beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan oleh Wakil Termerloh Salamiah Mohd Nor.

TETITIA YUSOFF