Malaysia sah ke suku akhir Piala Thomas 2026

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pada aksi Piala Thomas 2026./foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 April – Malaysia mengesahkan slot ke suku akhir Piala Thomas 2026 selepas menundukkan Finland dengan keputusan 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan B di Horsens, Denmark, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Leong Jun Hao tewas 17-21, 15-21 kepada Joakim Oldorff.
  • Justin Hoh menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-14, 21-12 ke atas Kalle Koljonen.
  • Beregu Goh Sze Fei-Nur dan Nur Izzuddin menang 21-12, 21-15; Soh Wooi Yik dan Tee Kai Wun sahkan kemenangan 21-7, 21-14.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad negara menarik nafas lega sebelum turun menentukan status juara kumpulan menentang gergasi Asia, Jepun pada 29 April ini.

Terdahulu dalam saingan yang berlangsung hari ini menyaksikan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao tewas 17-21, 15-21 menentang pemain dari Finland yang sedang meningkat naik Joakim Oldorff.

Skuad badminton lelaki negara mula bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Justin Hoh yang menewaskan Kalle Koljonen 21-14, 21-12.

Malaysia terus meraih kemenangan ketiga menerusi Lee Zii Jia yang tidak berdepan masalah menewaskan Ananda Galvani Daniswara dengan keputusan 21-19, 21-10.

Aksi konsisten skuad badminton negara diteruskan oleh beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk kemenangan ketiga selepas menewaskan Elliel Melleri-Niilo Nyqvist dengan keputusan 21-12, 21-15.

Gandingan Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun mengesahkan kemenangan Malaysia dalam aksi menentang beregu lelaki Finland, Ananda Galvani Daniswara-Alvar Melleri dengan keputusan 21-7, 21-14.

Berdasarkan format kejohanan hanya dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke saingan suku akhir.