Tenis Terbuka Madrid: Zverev catat kemenangan straight set

Pemain pilihan kedua Alexander Zverev mencatat kemenangan straight set ke atas Terence Atmane untuk mara ke peringkat keempat Terbuka Madrid. /Foto AFP

MADRID, 28 April – Pemain pilihan kedua Alexander Zverev mencatat kemenangan straight set ke atas Terence Atmane, 6-3, 7-6 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Madrid.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alexander Blockx mengejutkan menewaskan Felix Auger-Aliassime 7-6, 6-3, kemenangan pertamanya ke atas pemain kelompok 10 dunia.
  • Blockx berkata dia yakin, tidak panik walaupun terlepas beberapa servis, dan boleh mengawal rali.
  • Daniil Medvedev menewaskan Nicolai Budkov Kjaer 6-3, 6-2 untuk mara ke pusingan 16.
  • Casper Ruud menundukkan Alejandro Davidovich Fokina 6-3, 6-1; Tsitsipas, Cerundolo, Cobolli dan Mensik turut mara.

Dengan servis yang mantap, Zverev mengawal set pertama menerusi dua break. Set kedua lebih sengit apabila Atmane memberi tentangan hebat, namun Zverev bangkit memenangi tie-break selepas gagal memanfaatkan dua mata penamat sebelum itu.

Manakala Alexander Blockx melakar kejutan menundukkan pemain nombor lima dunia Felix Auger-Aliassime

Pemain muda Belgium yang menghuni ranking ke-69 dunia itu, mencipta kejutan apabila menewaskan Auger-Aliassime 7-6, 6-3 — kemenangan pertamanya ke atas pemain kelompok 10 terbaik dunia.

“Saya sangat yakin. Saya langsung tidak memikirkan tentang panik atau kehilangan servis,” katanya.

“Saya bermain baik dalam rali, jadi walaupun terlepas beberapa servis, saya yakin mampu mengawal rali.”

Dalam perkembangan lain, Daniil Medvedev menewaskan Nicolai Budkov Kjaer 6-3, 6-2, manakala Casper Ruud menundukkan Alejandro Davidovich Fokina 6-3, 6-1 untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Turut melangkah ke pusingan seterusnya ialah Stefanos Tsitsipas, Francisco Cerundolo, Flavio Cobolli dan Jakub Mensik. – AFP