JPA cadang elaun khidmat kepada Munsyi Muda Bahasa

Antara pegawai penjawat awam yang ditauliahkan Munsyi Muda Bahasa hari ini/Foto JPA

PUTRAJAYA, 28 Oktober – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bercadang untuk memberikan elaun khidmat kepada Munsyi Muda Bahasa sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif bertujuan memperkukuh dan memartabatkan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.
  • KPPA Tan Sri Wan Ahmad Dahlan menyatakan usaha akan diperhalus bagi memperkukuh martabat bahasa Melayu sebagai kekuatan negara.
  • Majlis meraikan 363 penerima; 168 untuk 2025 dan 195 untuk 2026.
  • Program tiga hari mencatatkan rekod MBR dengan 2,345 penyertaan, termasuk 239 Munsyi Muda sebagai fasilitator.

Inisiatif itu bertujuan memperkukuh usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, cadangan itu turut merangkumi pencalonan untuk menerima pingat.

“Insya-Allah pihak JPA akan memperhalus cadangan ini. Usaha ini untuk memperkukuh martabat bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam akan menjadi sebahagian daripada kekuatan Malaysia untuk melangkah maju, berdaya saing dan disegani di persada antarabangsa,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pentauliahan Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam bagi 2025 dan 2026.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.

Pada majlis itu seramai 363 penerima diraikan membabitkan 168 penerima bagi tahun 2025 dan 195 penerima bagi 2026.

Program selama tiga hari itu turut menampilkan inisiatif Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori Penyertaan Terbesar dalam Program Rujukan Kamus, dengan 2,345 penyertaan termasuk 239 Munsyi Muda Bahasa sebagai fasilitator.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.