Kolaboratif menyeluruh pastikan pertumbuhan ekonomi tingkat taraf hidup rakyat

Pembasmian kemiskinan yang mampan memerlukan pendekatan seluruh negara

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Usaha membasmi kemiskinan memerlukan kerjasama menyeluruh antara kerajaan, sektor swasta juga masyarakat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemah kepada peningkatan pendapatan serta taraf hidup rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan bersepadu seluruh negara melibatkan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat bagi memastikan pertumbuhan diterjemah kepada peningkatan pendapatan serta taraf hidup.
  • Sumber awam perlu dinilai semula, diinnovasi dan disesuaikan; kerangka dasar strategik, gaji progresif, TVET dan kemahiran meningkatkan keupayaan pendapatan.
  • Sektor korporat dan program komuniti seperti Yayasan Sejahtera perlu luaskan peluang keusahawanan, latihan dan sokongan untuk pendapatan mampan dan ketahanan keluarga.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah mengakui pendekatan bersepadu itu penting bertujuan memastikan golongan miskin bukan sahaja mampu keluar daripada belenggu itu, malah mempunyai daya tahan kewangan yang lebih kukuh.

“Kadar kemiskinan mutlak negara menurun kepada 5.1 peratus pada 2024, namun kadar kemiskinan relatif dicatatkan pada 16.7 peratus, menunjukkan masih terdapat isi rumah yang terdedah kepada tekanan kewangan.

“Sumber awam perlu sentiasa memberi impak yang maksimum dan justeru, kita perlu menilai semula, melakukan inovasi dan menyesuaikan pendekatan dengan perubahan keadaan semasa.

“Usaha membasmi kemiskinan bukan sekadar pelaksanaan program secara berasingan, sebaliknya memerlukan satu ekosistem yang menyeluruh,”katanya pada perasmian Persidangan Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan 2026.

Katanya lagi, kerajaan telah menyediakan kerangka dasar strategik dan memperuntukkan sumber awam, namun pembasmian kemiskinan yang mampan memerlukan pendekatan seluruh negara.

Kerajaan turut mempergiat pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, memperluas latihan TVET dan pembangunan kemahiran bagi meningkatkan keupayaan pendapatan pekerja.

Pada masa sama, sektor korporat juga berperanan memperluas peluang keusahawanan dan penjanaan pendapatan mampan.

”Misalnya, menerusi Yayasan Sejahtera, sebanyak 18,799 keluarga telah dibantu melalui lebih 90 program bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup komuniti terlibat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.