Tenis Terbuka Madrid: Rybanika tersingkir, Sabalenka mara ke suku akhir

Bekas pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka bangkit menewaskan Naomi Osaka untuk mara ke suku akhir Tenis Terbuka Madrid. /Foto AFP

MADRID, 28 April – Juara Terbuka Australia, Elena Rybanika kalah mengejut di tangan Anastasia Potapova 7-6, 6-4.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aryna Sabalenka bangkit menewaskan Naomi Osaka 6-7, 6-3, 6-2 untuk mara ke suku akhir.
  • Sabalenka diuji hebat tetapi bangkit dari ketinggalan satu set dan satu break untuk menang.
  • Sabalenka akan bertemu Hailey Baptiste yang menewaskan Belinda Bencic dalam tiga set.
  • Coco Gauff tewas 6-4, 1-6, 7-6 kepada Noskova selepas dilaporkan mengalami masalah perut minggu ini.

Rybanika yang menghuni ranking kedua dunia itu tunduk kepada lawan yang berada di kedudukan ke-56 dunia.

Kedua-dua pemain saling memecah servis dua kali dalam set pertama sebelum Potapova mengatasi Rybakina dalam tie-break.

Pada set kedua, Rybakina mendahului selepas memenangi mata break kelimanya, namun gagal mengekalkan momentum apabila tewas dalam perlawanan kelapan dan ke-10, sekali gus memberi kemenangan kepada Potapova.

“Saya kehilangan kata-kata, saya amat gembira. Perlawanan ini sangat sukar dengan lawan yang kuat,” kata Potapova.

“Pasukan saya banyak membantu hari ini, mereka sentiasa bersama saya. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka.”

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka bangkit menewaskan Naomi Osaka 6-7, 6-3, 6-2 dalam perlawanan sengit untuk mara ke suku akhir.

Sabalenka, yang menjuarai kejohanan di Miami, Indian Wells dan Brisbane tahun ini, diuji hebat oleh Osaka namun bangkit daripada ketinggalan satu set dan satu break untuk menang.

“Apabila dia memberi tekanan, saya mampu menghasilkan pukulan luar biasa dan permainan yang hebat. Saya gembira,” kata Sabalenka.

Set pertama berlangsung sengit dengan hanya satu peluang break diperoleh Sabalenka, namun Osaka berjaya menyelamatkannya sebelum mendominasi tie-break dengan mendahului 5-0 dan menamatkan set tersebut.

Juara bertahan Sabalenka meningkatkan permainan dalam set kedua, walaupun Osaka yang berada di ranking ke-15 dunia berjaya menyelamatkan tiga peluang break dan mendahului 2-1.

Namun, pemain Belarus itu segera bangkit memecah servis tanpa balasan dan sekali lagi pada perlawanan kelapan sebelum memenangi set kedua.

Set penentuan menyaksikan Sabalenka menguasai permainan dengan dua break untuk meraih kemenangan. Beliau menamatkan perlawanan dengan servis ace tanpa balasan untuk mara ke kelompok lapan terakhir, di mana beliau bakal bertemu Hailey Baptiste yang menewaskan Belinda Bencic dalam tiga set.

Pemain nombor tiga dunia Gauff, yang dilaporkan mengalami masalah perut minggu ini, tewas 6-4, 1-6, 7-6 kepada Noskova. Pemain Czech itu memperoleh break penting dalam set pertama, sebelum Gauff bangkit memenangi set kedua.

Gauff mendahului dengan dua break dalam set ketiga, namun gagal mengekalkan kelebihan apabila Noskova menyamakan kedudukan 4-4 sebelum memenangi tie-break. -AFP