
KUALA LUMPUR, 28 Okttober – Beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting memulakan kempen Terbuka Hylo 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menempah tempat ke pusingan kedua di Saarbrucken, Jerman, semalam.
- Pasangan Malaysia menewaskan Abbygael Harris dan Estelle Van Leeuwen 21-12, 21-17 dalam 35 minit di Saarlandhalle.
- Mereka akan berdepan pilihan kelapan Hong Kong, Yeung Nga Ting dan Yeung Pui Lam.
- Beregu lelaki Chia Weijie dan Teo Ee Yi terpaksa menarik diri menentang pilihan kedua England.
- Pasangan itu menarik diri selepas tewas set pertama 14-21 dan ketinggalan 7-11 pada set kedua selepas 20 minit.
Pasangan Malaysia itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menundukkan lawan dari England, Abbygael Harris-Estelle Van Leeuwen, 21-12, 21-17, dalam aksi pembukaan kejohanan bertaraf Super 500 itu, di Saarlandhalle.
Mereka bakal berdepan pilihan ke lapan dari Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam, yang menewaskan wakil Taiwan, Lin Chih-Chun-Yang Chu Yun, 21-13, 21-9.
Sementara itu, beregu profesional negara, Chia Weijie-Teo Ee Yi gagal menamatkan perlawanan menentang pilihan kedua dari England, Ben Lane-Sean Vendy.
Selepas kalah set pertama 14-21, Weijie-Ee Yi memutuskan menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set kedua, setelah 20 minit perlawanan berlangsung.
– BERNAMA