
KUALA LUMPUR, 27 April – Status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga dikeluarkan bagi 13 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
- Kawasan tersenarai di Semenanjung termasuk seluruh Perlis, beberapa daerah Kedah, dua kawasan Perak, tiga kawasan Kelantan dan Sepang, Selangor.
- Amaran juga dikeluarkan di Sabah melibatkan Beaufort dan Telupid serta Limbang, Sarawak.
- Padang Terap, Kedah berada pada Tahap 2 atau kategori gelombang haba.
- Tahap berjaga-jaga: suhu 35 hingga 37 darjah Celsius; tahap gelombang haba: 37 hingga 40 darjah Celsius, sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat ialah seluruh Perlis, di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Kota Setar, Kuala Muda dan Sik.
Selain itu, turut tersenarai dua kawasan di negeri Perak iaitu Kuala Kangsar dan Hulu Perak, di negeri Kelantan seperti Jeli, Pasir Mas dan Machang serta Sepang, Selangor.
Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan dua kawasan iaitu Beaufort dan Telupid serta Limbang, Sarawak.
Sementara itu, terdapat satu kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 atau kategori gelombang haba iaitu Padang Terap, Kedah.
Menurut MetMalaysia, tahap berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Manakala, tahap gelombang haba dengan suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu menerusi https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/