
ARAU, 28 April – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman di Istana Arau, semalam.
- Raja Perlis menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera di Istana Arau.
- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, turut berkenan berangkat.
- Panglima ATM memaklumkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi menghadapi cabaran keselamatan global yang semakin kompleks.
- Tuanku menitahkan warga ATM mengekalkan profesionalisme, integriti dan kredibiliti tinggi bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Turut berkenan berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Dalam sesi itu, Jeneral Datuk Malek menyembah maklum mengenai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran keselamatan global yang semakin kompleks.
Pada masa sama, Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahirkan titah agar seluruh warga ATM sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme, integriti dan kredibiliti yang tinggi dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan negara.
Baginda menegaskan nilai-nilai tersebut penting untuk memastikan ATM terus kekal sebagai benteng pertahanan negara dan perisai kedaulatan watan.
Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Zamsari Abu Hasan, serta Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim.