Kemudahan tenaga solar CSR di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL, 13 Jun- Sebanyak 2,752 unit rumah dan premis di kawasan Sungai Kechil, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan akan menikmati kemudahan penggunaan tenaga solar.

Inisiatif murni ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat Greenviro Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputra yang mempunyai kepakaran dalam pemasangan sistem solar.

“Ladang solar ini yang dibina di kawasan Sungai Kechil Nibong Tebal boleh menjana kapasiti perumahan dan premis-premis di kawasan sekitar. Ia adalah bagi membantu masyarakat sekeliling terutamanya bagi golongan B40, M40 dan lain-lain,” kata Pengarah Urusan Greenviro Solutions, Datuk Syamshuar Husin selepas Majlis Perasmian 10MW Dilot 1478, di Sungai Kechil, di sini.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut dihadiri oleh Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain.

(Syamshuar berkata tenaga solar untuk pemilik rumah kategori B40 dan miskin tegar)

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.