Seorang maut, tiga cedera rempuh kerbau di Tapah

(Penunggang motosikal maut rempuh sekumpulan kerbau di atas jalan di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah
dekat Air Kuning, Tapah/PDRM

TAPAH, 14 Jun- Seorang maut, manakala tiga lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka melanggar sekumpulan kerbau di Kilometer 2 Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah dekat Air Kuning di sini.

Mangsa, Mohamad Haddrie Naim Azmi, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian pada Isnin, keempat-empat mangsa sedang dalam perjalanan dari Kampung Gajah ke Air Kuning.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat sekumpulan kerbau sedang berada di atas jalan raya.

Susulan keadaan yang terlalu gelap dan tiada lampu jalan, kesemua penunggang telah melanggar kerbau tersebut sebelum jatuh di atas jalan.

Mayat dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat, manakala tiga lagi yang cedera dibawa ke Hospital Kampar.

(Kerbau yang dirempuh penunggang motosikal di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah
dekat Air Kuning, Tapah/PDRM)

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.