Piala Dunia: Dua gol Messi bawa Argentina ke pusingan 32 terakhir

Bintang Argentian, Lionel Messi / REUTERS

TEXAS, 23 Jun – Bintang Argentina, Lionel Messi membuktikan statusnya sebagai “yang terhebat sepanjang zaman” (G.O.A.T) selepas meledak dua gol untuk membantu Argentina menewaskan Austria 2-0 dalam aksi dalam aksi Kumpulan J Piala Dunia FIFA 2026 di Stadium Dallas awal pagi tadi. (Isnin).

RINGKASAN BERITA AI
  • Messi memecah rekod jaringan Piala Dunia kepada 18 gol, melepasi rekod Miroslav Klose yang 16 gol.
  • Argentina mara ke pusingan 32 kalah mati dan kekal berpeluang mempertahankan kejuaraan 2022.
  • Kemenangan meletakkan Argentina di puncak Kumpulan J dengan enam mata hasil dua kemenangan.

Lebih manis, apabila dua jaringannya membolehkan Argentina mara ke pusingan 32 kalah mati sekali gus berada pada landasan tepat dalam mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022.

Kejayaan legenda berusia 38 tahun itu yang menjaringkan gol pada setiap babak melonjakkan jumlah gol peribadinya di pentas Piala Dunia kepada 18 gol secara keseluruhan sekali gus memecahkan rekod terdahulu milik bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose yang memegang rekod 16 gol.

Pada perlawanan tersebut, Argentina berpeluang mendahului seawal minit ke-9 selepas Lautaro Martinez dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diambil Messi tersasar di sebelah kanan gawang Austria.

Austria memperkemaskan permainan dengan merantai pergerakan Lionel Messi menerusi ketua pasukan, David Alaba menyebabkan skuad kendalian Lionel Scaloni mengalami kebuntuan dalam usaha mencari gol awal.

Gergasi Amerika Selatan itu akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-38 apabila Messi bijak menyudahkan hantaran Facundo Medina berpunca darpada helah yang dilakukan Thiago Almada melakukan helah bagi mengatasi pertahanan Austria.

Bersambung babak kedua, Austria cuba bangkit dan hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Marcel Sabitzer pada minit ke-55, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Nasib malang terus menghantui Austria apabila tandukan Kevin Danso tersasar.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan satu gol, Messi sekali lagi mencipta magis tersendiri apabila bijak melepasi kawalan pertahanan Austria sebelum melepaskan rembatan untuk gol dua Argentina.

Kemenangan itu menyaksikan Argentina mengukuhkan kedudukan di puncak Kumpulan J dengan enam mata hasil kemenangan dua perlawanan sebelum ini. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.