Vondrousova digantung empat tahun

Marketa Vondrousova, Bekas juara perseorangan wanita Wimbledon / REUTERS

LONDON, 22 Jun– Bekas juara perseorangan wanita Wimbledon, Marketa Vondrousova digantung selama empat tahun selepas enggan menjalani ujian antidoping pada Disember tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • ITIA memaklumkan penggantungan berkuat kuasa sehingga 21 Jun 2030.
  • Dalam pendengaran, alasan tekanan, kesihatan mental dan kebimbangan keselamatan dianggap tribunal tidak mempunyai justifikasi kukuh.
  • Vondrousova juara Wimbledon 2023, pernah dua kali naib juara Grand Slam, dan tidak beraksi sejak menarik diri akibat kecederaan bahu.

Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) dalam kenyataan memaklumkan, penggantungan itu berkuat kuasa sehingga 21 Jun 2030.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan pemain dari Republik Czech itu hanya boleh kembali beraksi ketika berusia 30 tahun.

“Vondrousova gagal memberikan sampel selepas dimaklumkan oleh pegawai kawalan doping ketika ujian luar pertandingan di kediamannya pada 3 Disember lalu.

Dalam prosiding pendengaran, Vondrousova memaklumkan tekanan, masalah kesihatan mental serta kebimbangan terhadap keselamatan dirinya mempengaruhi keputusan untuk tidak memberikan sampel,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tribunal yang mendengar kes tersebut memutuskan alasan dikemukakan tidak mempunyai justifikasi kukuh untuk menolak ujian berkenaan.

Vondrousova mencipta sensasi apabila menjuarai Wimbledon 2023 selepas menewaskan Ons Jabeur pada perlawanan akhir.

Beliau juga pernah muncul naib juara dua kejohanan Grand Slam sepanjang kariernya.

Bekas pemain nombor enam dunia itu tidak beraksi sejak menarik diri daripada Kejohanan Antarabangsa Adelaide pada Januari lalu akibat kecederaan bahu. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.