
KUALA LUMPUR, 22 Jun– Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi bakal mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di China dari 9 hingga 12 Julai ini.
- Azeem disenaraikan dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter.
- Kuartet 4x100 meter negara turut dibarisi Reeve Kua Man Hong, Pengiran Aidil Auf Hajam, Muhammad Armin Zahryl.
- Malaysia turut mempertaruhkan Muhammad Fakrul Afizul Nasir dalam acara 400 meter berpagar.
- Elvin Yap disenaraikan bagi 110 meter berpagar manakala Ng Jing Xuan untuk rejam lembing wanita; senarai masih tertakluk perubahan.
Atlet berusia 21 tahun itu disenaraikan dalam acara 100 meter (m), 200m dan 4x100m.
Menurut Olahraga Malaysia, kuartet 4x100m negara turut dibarisi Reeve Kua Man Hong, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Muhammad Armin Zahryl.
Selain itu, Malaysia turut mempertaruhkan Muhammad Fakrul Afizul Nasir dalam acara 400m berpagar.
Turut disenaraikan ialah Elvin Yap Zhi Ying bagi acara 110m berpagar serta Ng Jing Xuan dalam acara rejam lembing wanita.
Olahraga Malaysia memaklumkan senarai atlet dan pegawai yang diumumkan masih tertakluk kepada perubahan.
Azeem dijangka menjadi antara sandaran utama negara selepas mempamerkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Jumaat lalu.
Beliau muncul juara acara 100m selain membantu kuartet Majlis Sukan Negara (MSN) memenangi emas acara 4x100m.