PRN Johor: PH tampil 80 peratus muka baharu

Foto BERNAMA

TANGKAK, 23 Jun – Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan hampir 80 peratus muka baharu daripada keseluruhan 56 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, 11 Julai depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • PH utamakan calon baharu untuk melahirkan barisan kepimpinan berwibawa, dinamik dan dekat dengan rakyat.
  • PH seimbangkan strategi dengan mengekalkan kira-kira 20 peratus calon berpengalaman bagi kestabilan jentera.
  • Pencalonan semula Dr Maszlee Malik sebagai calon DUN Puteri Wangsa menarik perhatian.
  • PH mencalonkan Suhaizan Kayat bagi DUN Larkin, Onn Abu Bakar di Senggarang serta beberapa bekas Exco untuk perkuat peluang.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah mengetengahkan calon baharu itu merupakan komitmen jitu gabungan berkenaan untuk melahirkan barisan kepimpinan yang berwibawa, dinamik, dan dekat dengan rakyat.

Bagaimanapun, bagi memastikan kestabilan jentera, PH turut mengimbangi strategi tersebut dengan mengekalkan baki 20 peratus calon dalam kalangan pemimpin berpengalaman.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pencalonan semula bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang secara rasmi diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Selain Dr Maszlee, PH turut membariskan dua Ahli Parlimen iaitu dua Ahli Parlimen iaitu Suhaizan Kayat yang dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Manakala Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di Senggarang serta beberapa bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor bagi memperkukuh peluang gabungan itu mencapai kemenangan.

Pengumuman senarai calon itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu Majlis di Bukit Gambir, disini malam tadi (Isnin).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.