England sedia hadapi Argentina, Tuchel mahu pemain turun tanpa tekanan

Thomas Tuchel (tengah) yakin England mampu tumpaskan Argentina. Foto/AFP

ATLANTA, 15 Julai – England bersedia memberikan aksi terbaik apabila berdepan Argentina dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 yang dijadual berlangsung di Stadium Atlanta awal pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua jurulatih Thomas Tuchel berkata pemain tidak merasakan tekanan tambahan; debaran dan sedikit gementar adalah perkara biasa.
  • Pemain benar-benar kompetitif, lapar untuk menang dan teruja untuk menghadapi perlawanan.
  • Pemain tengah utama Declan Rice kini disahkan cergas dan sedia diturunkan.
  • Pertembungan England dan Argentina terkenal dengan sejarah panjang dramatik, termasuk gol kontroversi Hand of God 1986.

Ketua jurulatih The Three Lions, Thomas Tuchel menegaskan anak buahnya tidak merasakan tekanan tambahan menjelang pertembungan bersejarah itu, sebaliknya teruja untuk menghadapi cabaran besar menentang juara bertahan.

“Kami tidak berasa terbeban. Sudah tentu kami merasai debaran dan sedikit gementar, tetapi itu perkara biasa.

“Apa yang saya suka ialah para pemain benar-benar kompetitif, lapar untuk menang dan teruja untuk bermain dalam perlawanan ini,” katanya.

Pengendali kelahiran Jerman itu turut mengesahkan pemain tengah utama, Declan Rice, yang sebelum ini mengalami masalah kesihatan, berada dalam keadaan cergas untuk diturunkan.

Pertembungan England dan Argentina sering menjadi perhatian dunia dengan sejarah panjang yang penuh drama.

Antara detik paling dikenang ialah aksi suku akhir Piala Dunia 1986 apabila Argentina menewaskan England 2-1 menerusi dua jaringan legenda Diego Maradona, termasuk gol kontroversi yang dikenali sebagai Hand of God. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.