
IPOH, 15 Julai – Seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit skoliosis merayu bantuan kewangan berjumlah sebanyak RM10,000 bagi menampung kos pembedahan yang akan dijalankan pada September depan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
- Arissa El Zahra, 13 tahun, menghidap skoliosis sejak umur 10, dikesan perubahan bentuk tulang belakang dan bahu oleh ibu bapa.
- Pakar ortopedik menasihatkan pembedahan segera untuk mengelakkan keadaan bertambah teruk dan menjejaskan fungsi organ dalaman.
- Ibu bapa berharap sumbangan orang ramai; derma boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Mohd Rezuan Saad.
Arissa El Zahra Reduan, 13, menghidap penyakit tersebut sejak berusia 10 tahun selepas ibu bapanya mengesan perubahan pada bentuk tulang belakang dan bahunya.
Bapa Arissa, Mohd Reduan Saat berkata, pakar ortopedik menasihatkan supaya pembedahan dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesihatan anaknya bertambah teruk sehingga boleh menjejaskan fungsi organ dalaman.
“Kami mengesan Arissa menghidap penyakit ini sejak dia darjah 4 tetapi ketika itu doktor belum boleh membuat sebarang pembedahan kerana perlu menunggu perubahan bentuk tulang belakang dan bahu sepenuhnya. Apabila perubahan bentuk sudah matang, baru pembedahan dapat dilaksanakan,” ujarnya ketika ditemui RTM.

Justeru, beliau berharap sumbangan orang ramai dapat membantu menampung kos rawatan dan pembedahan demi kesihatan dan kehidupan anaknya yang lebih baik.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 158284021706 atas nama Mohd Rezuan Saad.