fb fb fb fb fb

Johor garis dua strategi utama, jayakan Tahun Melawat Johor 2026

Datuk Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI, 15 Mei- Kerajaan Johor menggariskan dua strategi utama dalam menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Langkah itu bagi memperhebat sektor pelancongan dalam negeri bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri itu.  

Beliau berkata fokus utama adalah menaik taraf infrastruktur pelancongan sedia ada ke tahap terbaik dan promosi bagi semua produk pelancongan sedia ada secara agresif. 

"Melalui Belanjawan Johor 2024, sebanyak RM67.6 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktue pelancongan.

"Terdapat 10 projek pembangunan infrastruktur yang akan siap pada tahun ini," katanya semasa Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-15 di Kota Iskandar, di sini.

Enam inisiatif pemasaran dan promosi produk pelancongan turut dilaksanakan dengan kerjasama pemain-pemain industri pelancongan di negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI