
KUALA LUMPUR, 23 April – Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan berhubung kes kecederaan membabitkan murid sekolah rendah yang berlaku pada 11 April akibat mesin penapis air
- Isu dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk siasatan lanjut.
- Murid kini menerima rawatan di klinik pakar lecur di Hospital Sultanah Bahiyah.
- Kementerian menunggu laporan penuh siasatan kes lemas IPG Perlis dan akan ambil tindakan susulan bagi mengelak berulang.
Isu berkenaan telah dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kedah bagi siasatan lanjut
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, JPN telah mengambil tanggungjawab menyiasat isu kecederaan membabitkan murid sekolah rendah di Kuala Muda.
“Itu sudah dalam tindakan JPN, nanti kita akan rujuk kepada JPN tindakan tersebut, maknanya JPN telah ambil tanggungjawab menyiasat dan meneliti perkara tersebut dan sudah boleh ambil tindakan,” katanya.
Beliau menjelaskan perkara berkenaan kepada media selepas menghadiri Sambutan Hari Buk dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Perpustakaan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Murid tersebut kini sedang mendapatkan rawatan di klinik pakar lecur khas, Hospital Sultanah Bahiyah
Dalam perkembangan lain, Fadhlina memaklumkan, kementerian masih menunggu laporan penuh siasatan insiden melibatkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Perlis yang ditemukan lemas
Jelas beliau, pihaknya akan mengambil tindakan susulan selepas menerima laporan lengkap bagi memastikan kejadian sama tidak berulang
“Sedikit masa lagi. Kita sedang kumpulkan dan kita akan ambil tindakan segera selepas dapat semua keputusan ataupun siasatan berkenaan.
”Sebab ada banyak bahagian yang terbabit dalam siasatan ini dan kita tidak ambil mudah, kita serius untuk melihat isu ini supaya tidak berulang lagi,” jelasnya
Dalam kejadian pada 4 April lalu, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21 tahun dan Joey Ling Lin Siang, 20 tahu lemas ketika melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka.
Kedua-dua mangsa ditemukan lemas pada jam 7.30 malam, pada hari sama.