
PUTRAJAYA, 23 April – Seramai 12 mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, berpeluang menyambung pelajaran keluar negara menerusi Program Mobiliti INCLUDE 2026.
- Menteri Zambry menyumbang RM10,000 melalui Yayasan Perkasa Siswa untuk sokong pelajar OKU.
- Pelajar akan ke Universi Multimedia Nusantara, Jakarta, dari 5 hingga 9 Mei 2026.
- Diiringi rakan buddies dan pegawai pengiring, lawatan seterusnya diteruskan ke Thailand pada September.
- KPT memperkukuh inisiatif inklusif: bantuan kewangan OKU, pengecualian yuran mulai 2026, geran serta dasar pendidikan inklusif.
Ia sebahagian usaha memperkasa agenda pendidikan tinggi inklusif negara.
Kumpulan mahasiswa berkenaan turut disantuni Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hari ini sebagai tanda sokongan.
Dalam pertemuan tersebut, Datuk Seri Dr. Zambry bersetuju menyalurkan sumbangan RM10,000 menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS).
12 pelajar OKU penglihatan berkenaan akan ke Universi Multimedia Nusantara di Jakarta dari 5 hingga 9 Mei 2026.
Mereka akan diiringi pelajar buddies dan pegawai pengiring sebelum diteruskan ke Thailand pada Septemb.
Jelas Datuk Seri Dr. Zambry menerusi satu kenyataan, KPT pada masa sama akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif, termasuk bantuan kewangan OKU, pengecualian yuran pengajian bermula 2026, penyediaan geran dan dasar pendidikan inklusif di institusi pengajian tinggi awam.
“KPT yakin pelaksanaan program seperti INCLUDE 2026 dan sokongan berterusan melalui pelbagai dasar sertaa inisiatif ini mampu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar OKU untuk mengembangkan potensi diri, meningkatkan keyakinan serta memperluas jaringan antarabangsa.
“Usaha ini seterusnya akan menyumbang kepada penghasilan graduan yang holistik, berdaya tahan dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara,” katanya.