
KUALA LUMPUR, 23 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan untuk sesi kelima berturut-turut, mencerminkan kejatuhan di pasaran COMEX AS apabila pengukuhan dolar AS memberikan tekanan kepada harga komoditi itu.
- Kontrak April, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2026 ditutup lebih rendah, dengan April dan Mei susut kepada AS$4,716.50 dan AS$4,739.0.
- Jumlah dagangan merosot kepada enam lot daripada 17 lot pada Rabu.
- Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$4,742.10 setiap auns troy menurut penetapan London Bullion Market 22 April 2026.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 susut kepada AS$4,716.50 setiap auns troy daripada AS$4,774.60 setiap auns troy sebelumnya, manakala kontrak Mei 2026 menurun kepada AS$4,739.0 setiap troy auns daripada AS$4,795.60 setiap auns troy semalam.
Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah kepada AS$4,754.50 setiap troy auns daripada AS$4,812.10 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan merosot kepada enam lot daripada 17 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 58 kontrak daripada 68 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$4,742.10 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market pada 22 April, 2026. -BERNAMA