Empat rakyat Palestin maut serangan udara Zionis

Penduduk Palestin di Deir al-Balah mengusung mangsa serangan Zionis untuk dikebumikan Foto REUTERS 

GAZA, 23 April – Serangan udara tentera Zionis membunuh sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin di Gaza pada Khamis, menurut pegawai kesihatan Palestin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan di Khan Younis: seorang terbunuh dan beberapa cedera.
  • Tiga lagi, termasuk seorang pekerja penyelamat, terbunuh di kem pelarian Maghazi, Deir al-Balah.
  • Tentera Zionis tidak mengeluarkan kenyataan segera mengenai serangan itu.
  • Al-Shifa: keluarga dan orang ramai berkabung, mengebumikan lima mangsa termasuk tiga kanak-kanak.

Jelasnya, seorang terbunuh dalam serangan di Khan Younis, selatan Gaza, yang turut mencederakan beberapa yang lain.

Tiga lagi individu, termasuk seorang pekerja penyelamat terbunuh dalam serangan berasingan di Maghazi, sebuah kem pelarian Palestin di kawasan Deir al-Balah di tengah Gaza.

Tentera Zionis tidak memberikan sebarang kenyataan segera mengenai serangan tersebut.

Israel telah melancarkan serangan berulang kali ke atas Gaza sejak gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Oktober.

Lebih 780 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza sejak gencatan senjata itu bermula.

Di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza yang merupakan kemudahan perubatan terbesar di wilayah itu, ahli keluarga bersama orang ramai berkabung untuk mengebumikan lima individu, termasuk tiga kanak-kanak, yang terbunuh pada Rabu dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bandar di utara Gaza.

“Tiada gencatan senjata, langsung tiada apa-apa,” kata Mohammed Baalousha, saudara kepada salah seorang mangsa.

“Keselamatan tidak terjamin di mana-mana kawasan,” sambungnya. – REUTERS