Agong tentukan calon baharu terajui SPRM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 April – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah baginda akan menentukan calon baharu bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Yang di-Pertuan Agong akan menentukan calon baharu Ketua Pesuruhjaya SPRM.
  • Baginda menegaskan tiada keperluan untuk mempolitikkan perkara itu.
  • Jawatan tersebut penting untuk memastikan SPRM terus berperanan berkesan membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Seri Paduka Baginda menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.

Sultan Ibrahim, bertitah bahawa jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (23 April).