
KUALA LUMPUR, 23 April – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim akan memperkukuh KUSKOP bagi membendung isu integriti, termasuk, menyemak semula akta koperasi sedia ada dan menggubal undang-undang yang berkaitan agar tadbir urus semakin kukuh.
- Rancangan untuk membentangkan rang undang-undang baharu tahun ini, kini berada di peringkat Peguam Negara.
- Cadangan kursus peringkat korporat untuk memperkukuh urus tadbir, ketelusan dan integriti pemimpin koperasi.
- Tegaskan susulan isu rasuah melibatkan nama besar dan menekankan keperluan tindakan serta pembaikan tadbir urus.
”Dari segi penggubalan undang-undang, sekarang berada di peringkat AG, rancangan kementerian adalah untuk membentangkan rang undang-undang baharu dalam tahun ini juga,” katanya.
Selain itu, Steven Sim juga mencadangkan kursus diberikan di peringkat korporat bagi memperkukuhkan lagi ketelusan serta integriti pemimpin-pemimpin koperasi.
“Saya juga telah bangkitkan susulan daripada beberapa pandangan yang telah diberikan tadi, mungkin pertimbangan kursus-kursus tertentu, khususnya dari segi urus tadbir, ketelusan, integriti kepada pemimpin-pemimpin gerakan koperasi,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah ditanya mengenai isu rasuah yang berlaku melibatkan nama-nama besar yang tular ketika ini.