Hujan lebat cetus banjir kilat di Pengkalan Batu, Kesidang

Foto APM Melaka Tengah.

MELAKA, 25 Julai – Hujan lebat berterusan sejak pukul 1 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dan DUN Kesidang dilanda banjir kilat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas melibatkan Kampung Kolam Limbungan, Tengkera dan Peringgit.
  • Sebanyak 30 rumah di Kampung Kolam Limbungan dilaporkan terjejas.
  • Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka.
  • Agensi berkaitan menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Kamarulsyah Muslim berkata, kawasan terjejas membabitkan Kampung Kolam Limbungan, Tengkera dan Peringgit.

Di Kampung Kolam Limbungan, sebanyak 30 rumah dilaporkan terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Agensi berkaitan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas terjamin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.