fb fb fb fb fb

Henti spekulasi, tunggu siasatan PDRM dan TLDM - Fadillah

Datuk Seri Fadillah Yusof

LUMUT, 23 April- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi susulan insiden nahas dua pesawat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan.

Pada masa sama menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa terlibat. 

"Jangan kita buat spekulasi, itu yang saya harapkan. Para media juga jangan buat spekulasi termasuk orange ramai.

"Biar pihak polis dan tentera membuat siasatan dan kita tunggu laporan penuh daripada mereka," katanya selepas meninjau lokasi insiden nahasa berkenaan.

Pada masa sama beliau turut meluahkan rasa dukacita atas insiden yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM.

Insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal Mei ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI