Aleema Khan ditahan 30 hari menjelang perarakan sokong Imran Khan

Aleema Khan, adik kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan / Foto REUTERS

LAHORE, 20 September – Aleema Khan, adik kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, ditahan polis di kediamannya di Lahore, menjelang perarakan yang dirancang parti politik Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) pada 27 September.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap PTI Punjab mengesahkan penahanan Aleema Khan.
  • Notis pentadbiran daerah menyatakan Aleema dihantar ke penjara selama 30 hari.
  • Pentadbiran kata laporan risikan mendakwa kehadirannya di tempat awam boleh mengancam keselamatan orang ramai.
  • PTI merancang perarakan ke Islamabad tuntut pembebasan Imran, kerajaan kata akan lakukan apa mampu untuk menghalangnya.

Jurucakap PTI Punjab mengesahkan penahanan itu, manakala notis yang dikeluarkan pentadbiran daerah Lahore menyatakan Aleema ditahan dan dihantar ke penjara selama 30 hari.

Menurut pentadbiran daerah Lahore, penahanan itu dibuat berdasarkan laporan risikan yang mendakwa kehadiran Aleema di mana-mana tempat awam boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Menurut laporan risikan, kehadirannya di mana-mana tempat awam akan menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan awam,” menurut pentadbiran daerah tersebut.

Parti yang dipimpin Imran Khan dijadual mengadakan perarakan ke Islamabad minggu depan bagi menuntut pembebasan bekas perdana menteri itu.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi, pada Sabtu berkata, kerajaan akan melakukan segala yang termampu untuk menghalang perarakan berkenaan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.