
KUALA LUMPUR, 20 September – Jurulatih lontar peluru negara, Frank Petrovic yakin anak didiknya, Jonah Chang Rigan mampu melangkah ke final pada penampilan sulungnya di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
- Catatan 19.12 meter di Kazakhstan tunjukkan kebolehan bersaing di peringkat antarabangsa.
- Potensi pecah rekod kebangsaan bergantung pada kawalan cuaca, tekanan dan gangguan semasa pertandingan.
- Lebih menyerlah apabila berdepan saingan antarabangsa termasuk kemenangan di Taiwan dan rekod kebangsaan di Kazakhstan.
- Petrovic akan terus memantau perkembangan Jonah dari Malaysia walaupun tidak tersenarai dalam kuota ke Jepun.
Keyakinan itu berdasarkan peningkatan prestasi konsisten Jonah, termasuk catatan 19.12 meter di Kazakhstan yang membuktikan keupayaannya bersaing di peringkat antarabangsa.
“Kita boleh lihat perkembangan beliau. Prestasinya semakin meningkat dan saya benar-benar berharap serta percaya beliau mampu mara ke final di Jepun. Itu sasaran kami,” katanya.
Petrovic berkata, Jonah juga berpotensi memecahkan rekod kebangsaan sekali lagi, namun ia bergantung kepada keupayaannya mengawal keadaan cuaca, tekanan dan gangguan ketika pertandingan.
Katanya, prestasi Jonah musim ini menunjukkan atlet berkenaan lebih menyerlah apabila berdepan saingan antarabangsa, termasuk memenangi kejohanan di Taiwan dan mencipta rekod kebangsaan di Kazakhstan.
“Beliau sememangnya sudah bersedia untuk itu. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bagaimana beliau mengendalikan keadaan cuaca, tekanan dan gangguan di sana.
“Bagaimanapun, ini merupakan penampilan pertamanya di sana,” katanya.
Menurut Petrovic, walaupun tidak tersenarai dalam kuota ke Jepun, beliau akan terus memantau perkembangan Jonah dari Malaysia.