Kebakaran : Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan, terhidu asap

Punca insiden masih dalam siasatan

IPOH, 20 September – Hasil bedah siasat terhadap tiga mangsa kebakaran di Taman Desa Tambun, awal pagi tadi mendapati dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran dan seorang lagi akibat terhidu asap.

RINGKASAN BERITA AI
  • Punca kejadian masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.
  • Orang ramai dinasihat tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan.
  • Kebakaran berlaku kira-kira jam 3.53 pagi membabitkan rumah teres dua tingkat; api dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi.
  • Tiga mangsa ditemui meninggal di lokasi: dua warga emas (70, 64) dan seorang cucu berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah turut memaklumkan punca insiden masih dalam siasatan.

“Orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa,”katanya.

Kejadian kira-kira pukul 3.53 pagi tadi, melibatkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6 pagi.

Insiden mengakibatkan dua warga emas masing-masing berusia 70 dan 64 yahun serta cucu mereka yang berusia 18 tahun, meninggal dunia di lokasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.